Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Duophrama Biotech Berhad kepada Ketua Setiausaha MOSTI

5 Februari 2024, Putrajaya – Delegasi daripada Duopharma Biotech Berhad yang diketuai oleh Encik Feizril Nurbi, Pengurus Besar Strategi Korporat, dan Cik Priya Asokan, Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan, telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI ), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, hari ini.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada Duopharma untuk membentangkan cadangan dan inisiatif-inisiatifnya dalam meningkatkan penjagaan kesihatan negara, sejajar dengan usaha MOSTI untuk memajukan landskap sains dan teknologi negara.
Perbincangan tertumpu kepada bidang kerjasama yang berpotensi dan sokongan MOSTI dalam memudahkan pelaksanaan inisiatif ini. Kunjungan ini turut menandakan komitmen MOSTI dalam memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi untuk penambahbaikan kesihatan awam di Malaysia.
Skip to content