Skip to main content
Berita

Memorandum Persefahaman antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Abeco Nature Science Sdn Bhd

6 Februari 2024, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Abeco Nature Science Sdn Bhd yang menandakan komitmen bersama untuk penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran peptida antimikrob (AMP) dan protein dalam larva Black Soldier Fly (BSF). Penyelidikan ini berpotensi bagi merintis penyelesaian makanan ternakan bercirikan antimikrob dan tahap nutrisi tinggi bagi menyumbang kepada sektor ternakan dan akuakultur yang mampan.
Menurut YB Chang, kerjasama iniadalah sejajar dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 yang telah diumumkan kerajaan pada 12 September 2022 yang tertumpu kepada tiga tunjang utama iaitu Bioteknologi Pertanian dan Jaminan Makanan, Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan serta Bioteknologi Perindustrian dan Ekonomi Kitaran.
Kerjasama yang melibatkan FELDA dan Abeco bersama-sama penyelidik daripada Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) akan menyediakan pendekatan baharu dan mampan yang berpotensi membawa kepada penyelesaian makanan ternakan. Penyelidikan ini juga berpotensi mengurangkan kemunculan patogen yang berketahanan terhadap antibiotik dan menyokong kemampanan ekologi dan ekonomi sistem penghasilan ternakan. Penyelidikan yang menggunakan kaedah pembiakan terpilih dan diet teraruh ekspresi AMP ini juga mampu menjadi
instrumen penting dalam membantu kerajaan dan industri mengurangkan kebergantungan bahan import makanan ternakan yang dianggarkan berjumlah lebih empat juta tan setiap tahun.
Skip to content