23 September 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran a/l Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI, menerima kunjungan hormat delegasi International Science, Technology and Innovation Centre for South-South Cooperation under the Auspices of UNESCO (ISTIC) yang diketuai oleh YBhg. Prof. ChM. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Tadbir ISTIC.
Pertemuan ini menjadi platform bagi ISTIC berkongsi perkembangan semasa, aktiviti yang telah dilaksanakan serta perancangan program akan datang. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai kerjasama Selatan-Selatan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta hala tuju strategik ISTIC dalam landskap kerjasama STI semasa.




