14 Julai 2026, Semporna – Dari Pulau Bum-Bum ke Pentas Antarabangsa.
Bakat tidak mengenal lokasi. Peluang membuka jalan ke pentas dunia.
Hari ini, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, bersama YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah bertemu dengan pasukan dron SK Sisipan, Semporna, Sabah yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan dron antarabangsa di Hong Kong.
Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri turut menyampaikan Jersi Rasmi Kontinjen Malaysia sebagai simbolik pelepasan dan sokongan kepada para peserta.
Perjalanan mereka bermula apabila SK Sisipan menyertai Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2025. Daripada pendedahan awal kepada STEM dan teknologi dron, mereka berjaya melangkah ke Peringkat Akhir Kebangsaan Malaysia Techlympics sebelum kini menggalas cabaran membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Kisah ini mencerminkan komitmen MOSTI untuk memastikan peluang dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dapat dinikmati oleh semua anak Malaysia, tanpa mengira latar belakang atau lokasi. Melalui Malaysia Techlympics, lebih ramai bakat muda akan terus dibimbing, diperkasa dan diberi peluang untuk melangkah sehingga ke pentas dunia.
Selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia. Semoga berjaya mengharumkan nama negara di Hong Kong! 




