7 Mei 2024, Putrajaya – Satu mesyuarat dua hala telah berlangsung di antara YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Majid Bin Abdullah Al-Kassabi, Menteri Perdagangan Kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian daripada kerangka lawatan rasmi TYT Dr. Majid ke Malaysia.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Puan Yang Terutama (PYT) Dr. Eiman Al-Mutairi, Naib Menteri Perdagangan Arab Saudi, diiringi oleh TYT Mesaad AlSulaim, Duta Besar Kerajaan Arab Saudi. ke Malaysia; manakala dari pihak MOSTI telah disertai oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Ts. Dr Haji Aminuddin bin Hassim bersama wakil agensi dan pegawai MOSTI.
Mesyuarat dua hala ini diadakan bertujuan untuk membincangkan cara meningkatkan kerjasama dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia dalam bidang inovasi dan penggunaan teknologi baharu. Perbincangan itu bertumpukan kepada keutamaan strategik dan inisiatif kedua-dua pihak dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), dengan memberikan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan fiskal, serta peluang perdagangan dan pelaburan.
Kedua-dua pihak menunjukkan minat yang mendalam dalam meneroka potensi kerjasama dalam bidang teknologi/ekonomi hidrogen, kecerdasan buatan, bioteknologi (keselamatan makanan dan precision medicine), ekosistem startup, teknologi angkasa, ekosistemmakanan dan precision medicine), ekosistem startup, teknologi angkasa, ekosistem semikonduktor dan elektronik, pembudayaan sains serta bidang berkaitan STI yang boleh membawa manfaat kepada kedua-dua negara.