7 Mei 2024, Perlis – YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembudayaan Sains, baru-baru ini telah mengadakan lawatan pemantauan untuk Program MyIS Akar Umbi/MaGRIs pada tahun 2023: HabaQQQ NPK, diadakan di Kampung Baru Guar Nangka, Jalan Guar Nangk, Chuping, Perlis.
Sesi ini dihadiri oleh inovator YIM, Ts. Erdy Sulino Bin Mohd Muslim Tan, bersama dengan Dr. Syahrull Hi-Fi Syam Ahmad Jamil, Dr. Muhammad Nazri Rejab, dan En. Ku Mohammad Yusri Ku Ibrahim.
Tujuan sesi ini adalah untuk mengkaji kemajuan projek inovasi HabaQQQ NPK, yang digunakan dalam pertanian buah Harumanis untuk menilai tahap baja dalam tanah, mengukur tiga unsur nutrien utama: Nitrogen (N), Fosforus (P), dan Kalium (K), serta memberikan cadangan jumlah baja NPK yang diperlukan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (Model Pembelajaran Mesin XgBoost). Alat yang dibangunkan membantu petani untuk menentukan jumlah baja yang diperlukan untuk tanah mereka.
Dilengkapi dengan Kecerdasan Buatan, alat ini mengoptimalkan penggunaan baja dan memberikan jumlah yang ideal untuk pertumbuhan tanaman. Hasil tanaman pada tahun ini telah meningkat ke 1.2tan dengan mengunakan alat ini. Alat ini telah memenangi Gold Medal di pertandingan rekacipta inovasi PECIPTA.
Turut hadir adalah Puan Mismah Jimbun, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, serta YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Inovasi Malaysia.