Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) Ke Atas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim

2 Februari 2023, Putrajaya – Kunjungan Hormat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim telah diadakan di Bilik Mesyuarat KSU.
Delegasi kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Zainudin bin Aman dan disertai oleh rombongan pegawai – pegawai KSTI.
Turut hadir pada sesi ini adalah Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Pn. Ruziah binti Shafe; dan Setiausaha Bahagian PSTI, Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin.
Hadir mewakili Yayasan Inovasi Malaysia adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Sharmila Mohamed Salleh.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kemajuan dan meneroka peluang kolaborasi.
327898437 1371825403578044 5571591419378403546 n
Skip to content