Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ke Atas YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

31 Januari 2023, Sabah – Kunjungan Hormat YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke atas YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah bermula pada jam 2.30 petang bertempat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI).
Hadir sama YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Puan Mismah Jimbun, Pengarah Pusat Sains Negara (PSN), YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Inovasi Malaysia dan wakil pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia Sabah.
Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai perancangan Tahun 2023 MOSTI ke arah memperkasakan Sains dan Teknologi khususnya di Negeri Sabah selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.
328440178 507928358154321 8640768835948854980 n
Skip to content