26 Mac 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dr. Jasmine Begum, Pengerusi MIMOS Berhad dan YBrs. Dr. Saat Shukri Embong, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad.
MIMOS Berhad merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang berperanan sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional, MIMOS menyokong pewujudan dan pembangunan industri dalam bidang-bidang berkaitan ICT, Semikonduktor dan Mikroelektronik ke arah meningkatkan daya saing nasional. Peranannya juga mencakupi pembinaan kapasiti dan keupayaan serta penyediaan khidmat perundingan dan nasihat kepada Kerajaan dan industri.
Hadir sama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.