Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Universiti Malaya Ke Atas KSU MOSTI, Perkukuh Kerjasama Penyelidikan dan Inovasi

15 September 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerima kunjungan hormat YBrs. Prof. Ir. Dr. Kaharudin Dimyati, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM).

Pertemuan ini menjadi platform untuk membincangkan portfolio penyelidikan UM serta perkembangan pelan yang dilaksanakan bersama agensi-agensi MOSTI.
Perjumpaan ini mencerminkan komitmen berterusan MOSTI dan UM dalam memperkukuh sinergi dalam bidang penyelidikan, teknologi dan inovasi, khususnya melalui jaringan strategik bersama institusi pengajian tinggi bagi menyokong pembangunan ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta memastikan hasil penyelidikan terus memberi nilai dan manfaat kepada masyarakat dan negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Ashran Dato’ Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif, MRANTI, YBrs. Puan Norbaya binti Othman, Setiausaha Bahagian Dana MOSTI dan YBrs. Dr. Radin Zulhazmi bin Radin Abdul Halim, Timbalan Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T MOSTI.
Skip to content