Skip to main content
Berita

Sembang Ekspresi Bersama Sabah FM

16 September 2026, Kuala Lumpur – Pagi tadi MOSTI telah berkesempatan mengadakan sesi sembang santai dalam segmen Sembang Ekspresi bersama Sabah FM bagi berkongsi mengenai usaha memperkasa pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan masyarakat di Sabah.

Perkongsian turut menyentuh mengenai Program Bersepadu Malaysia Techlympics 2026, Minggu Sains Negara dan NextGen Tech @ MOSTI yang akan berlangsung pada 21 hingga 22 September 2026 bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulhilmi bin Azizan, Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri dan Puan Nani Rahayu Sudin, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, MOSTI.
Terima kasih kepada Sabah FM atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada MOSTI untuk berkongsi inisiatif serta usaha dalam membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk mengenali, meneroka dan melibatkan diri dalam bidang STI.
Ayuh, warga Sabah!
Bersama kita semarakkan pembudayaan STI demi membina generasi yang kreatif, inovatif dan bersedia menghadapi masa hadapan.
Skip to content