Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ke Atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin

17 Februari 2023, Sabah – Kunjungan Hormat YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin pada jam 9.00 pagi di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.
Delegasi MOSTI turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Puan Ruziah Shafei; Setiausaha Bahagian (Pembudayaan STI), Encik Nik Kamaruzaman bin Nik Husin; Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri, Encik Ahmad Fadzil Ramli; dan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri, Encik Willy Leong.
Turut bersama adalah Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Haji Azlikamil bin Napiah; Pengarah Pusat Sains Negara, Puan Mismah Jimbun; Timbalan Pengarah Planetarium Negara, Encik Mohd Zamri bin Mastor. Manakala, hadir mewakili Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Sharmila Mohamed Salleh.
Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai kemajuan dan membincangkan perancangan Tahun 2023 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke arah memperkasakan Sains dan Teknologi khususnya di Negeri Sabah selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.
Kredit 📸: Jabatan Penerangan Malaysia
331136168 6037239166338004 2134667157218250238 n     329053457 987604805543631 8321885371813857545 n
Skip to content