Skip to main content
Berita

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Menerima Kunjungan Hormat Dari Delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI)

17 Februari 2023, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) pagi ini bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur. Delegasi KSTI diketuai menterinya, YB Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan turut disertai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap KSTI, Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap I, KSTI dan Puan Musleha Khairunisa Muluk, Ketua Penolong Setiausaha Kanan.
Sesi perjumpaan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, En. Mohd Safrie Bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUB, wakil Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan Pusat Sains Negara.
YB Menteri STI Sabah menyampaikan ucapan terima kasih kepada MOSTI di atas kerjasama erat yang terjalin selama ini dan harapan untuk berkongsi matlamat yang sama. Sesi perbincangan terarah kepada kerjasama meningkatkan usaha literasi STI di kalangan masyarakat Sabah melalui program pembudayaan STI seperti Minggu Sains Negara, Techlympics, Karnival STI dan Ruang Reka. Usaha pembangunan PSN Sabah turut diberi penekanan.
Diakhir perbincangan, KSTI menawarkan tempat-tempat menarik seperti Sabah International Convention Center (SICC) bagi penganjuran Mesyuarat Majlis Sains Negara dan Pertandingan Peringkat Akhir Malaysia Techlympics.
331144063 5994819143919333 948891968251327453 n     331804037 729169628611241 7338730670013881039 n
Skip to content