Skip to main content
Berita

Kunjungan hormat YB Menteri MOSTI Ke Atas YAB Ketua Menteri Sarawak Di Wisma Bapa Malaysia

By 2021-05-28Jun 10th, 2021No Comments
28 Jun 2021, Sarawak -YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia.
Turut diadakan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sarawak bersama YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi menyelaraskan PICK peringkat negeri Sarawak.
Sebelum itu, YB Khairy Jamaluddin meluangkan masa melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching bagi meninjau proses vaksinasi penduduk di negeri ini.
Skip to content