Skip to main content
BeritaCovid-19

Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

By 2021-05-25Jun 17th, 2021No Comments
25 Mei 2021 – Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
STATUS FASA 2 PICK
▶️ Sehingga 23 Mei 2021, pendaftaran bagi Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah sebanyak 3,433,739
▶️ Jumlah keseluruhan Fasa 2 yang telah divaksinasi setakat ini adalah 372,895 setakat semalam.
▶️ Pada 18 Mei 2021 yang lalu, kadar vaksinasi negara telah mula mencecah 75,000 dos sehari dengan rekod tertinggi setakat ini adalah pada semalam, 24 Mei iaitu sebanyak 95,009 dos. Menjelang Jun akan capai 150,000 / hari.
STATUS INISIATIF PELAWAAN PEMBERIAN VAKSIN ASTRAZENECA
▶️ Setelah lebih 2 minggu dilaksanakan, melalui Inisiatif Pelawaan Pemberian Vaksin AstraZeneca, kita telah memvaksinasi 133,376 individu.
▶️ Daripada jumlah tersebut, seramai lebih kurang 30,000 daripada mereka yang mendaftar dalam Senarai Menunggu, telah dipanggil dan akan dipanggil sehingga 6 Jun nanti setelah terdapat kekosongan pada penghujung setiap hari.
▶️ PPVAZ di Ideal Convention Centre Shah Alam telah memulakan operasi dengan kapasiti vaksinasi 3,000 dos sehari sekaligus menjadikannya PPV kedua terbesar di seluruh Malaysia.
PENDAFTARAN UNTUK TEMPAHAN SLOT VAKSIN ASTRAZENECA (PUSINGAN 2)
▶️ Semalam, kita telah membuka semula sistem tempahan slot untuk vaksin AstraZeneca secara sukarela di bawah Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca. Pusingan kedua ini diberi keutamaan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas.
▶️ Sebanyak 1,261,600 dos diperuntukkan untuk pusingan kali ini.
▶️ Sebanyak 228,347 slot telah berjaya ditempah di lima negeri yang terlibat iaitu KL, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Sistem tempahan ini masih lagi dibuka dan akan terus menerima pendaftaran.
▶️ Persiapan di PPV yang terlibat juga sedang diperkemaskan untuk pelaksanaan Pusingan Dua ini. 4 Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) baharu akan dibuka selain 4 PPVAZ sedia ada di Lembah Klang. PPV tersebut adalah:
1. Setia SPICE Arena (PISA), Bayan Lepas, Pulau Pinang
2. Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru
3. Borneo Convention Center Kuching, Sarawak
4. Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak
VAKSINASI UNTUK IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU
▶️ Ibu mengandung adalah dinasihatkan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor masing-masing. Bagaimanapun, mengikut panduan yang telah dikeluarkan, pengesyoran adalah untuk golongan ini divaksinasi dalam tempoh 14-33 minggu hamil.
▶️ Bagi mengenal pasti golongan ibu mengandung dan ibu menyusu, satu ciri baharu di MySejahtera akan diperkenalkan pada hujung minggu ini.
Skip to content