Skip to main content
Berita

Kursus Pemantapan dan Pembangunan Profesionalisme Pembantu Tadbir MOSTI Tahun 2024

27 Mei 2024, Selangor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah berkesempatan turut serta dan berkongsi pengalaman serta nasihat kepada para peserta Kursus Pemantapan dan Pembangunan Profesionalisme Pembantu Tadbir MOSTI Tahun 2024 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Selangor pada 24-27 Mei 2024.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya peningkatan ilmu pengetahuan yang relevan dalam meningkatkan profesionalisme sebagai Pembantu Tadbir, sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab yang disandang dan kemahiran kerja, aspek perkhidmatan dan peningkatan kendiri yang akan digabungkan dan dicanai bagi memberikan peluang optima kepada mereka untuk meningkatkan potensi diri masing-masing melalui kemahiran asas pengurusan dan peningkatan kendiri.
Antara nasihat yang dikongsikan oleh YBhg. Dato’ kepada para peserta adalah semua penjawat awam di MOSTI perlu disantuni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain kerana setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. YBhg. Dato’ juga menyarankan agar sentiasa berintegriti dalam menjalankan tugas dan buangkan perasaan malu untuk belajar dengan orang lain walaupun berada di kedudukan yang lebih tinggi kerana ianya tidak merugikan kita bahkan memberi nilai tambah kepada kita sendiri.
Skip to content