Skip to main content
Berita

Perhimpunan Bulanan MOSTI (Mei)

28 Mei 2024, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Mei) bersama YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya. Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Kewangan MOSTI.
YB Dato’ Haji Mohammad Yusof dalam ucapannya turut mengimbas kembali pencapaian yang telah dilaksanakan dalam merakyatkan agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) sepanjang bulan April dan Mei 2024, antaranya ialah:
✅ Sesi Demonstrasi Penggunaan Unit Pengisian Semula Hidrogen Mudah Alih atau Mobile Hydrogen Refuelling Unit – MHRU) dengan rakan industri.
✅ Pelancaran platform MYStartup sebagai Tetingkap Tunggal (Single Window) bagi ekosistem startup di Malaysia.
✅ Pelancaran Portal MY-AI
✅ Pelancaran Makmal Bergerak Jabatan Kimia Malaysia
✅ Pembangunan Pusat Simulasi Tindakbalas Nuklear
✅ Penerbitan Siri Podcast MOSTI: Bual Sains
✅ Mesyuarat Majlis Sains Negara pertama bagi tahun 2024
✅ Penglibatan MOSTI dalam Program MADANI Rakyat dan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
YB Timbalan Menteri juga menegaskan bahawa “dalam usaha kita untuk merakyatkan sains, menginsankan teknologi dan mengarusperdanakan inovasi, ianya tidak hanya terhad kepada apa yang kita laksanakan sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal STI sahaja, sebaliknya agenda ini membabitkan semua pihak yang berkepentingan dalam Kerajaan MADANI, bagi memastikan impak yang lebih menyeluruh dapat dicapai , dan faedahnya dirasai secara langsung oleh rakyat”
Terlebih dahulu telah diadakan sesi perkongsian bersama YM Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad yang bertajuk “Peak Performance Mindset”
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah:
✅ Penyampaian hadiah Kejohanan Bola Tampar antara Agensi dan Hiasan Gerai Raya Kompleks C
✅ Makluman Kenaikan Pangkat
✅ Makluman Pegawai Keluar Masuk
✅ Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi (Mei)
Skip to content