Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja Ke Kilang MyVax Sdn Bhd

17 Jun 2022, Negeri Sembilan – YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah mengadakan lawatan kerja ke kilang MyVax Sdn Bhd yang terletak di Negeri Sembilan.

Kilang yang mempunyai makmal GMP tersendiri ini mengeluarkan produk biofarmaseutikal dan biosimilar. Selain itu, fasiliti ini juga lengkap dengan peralatan canggih dan kelengkapan perubatan lain.

MOSTI sentiasa berusaha memantapkan ekosistem pembangunan vaksin negara dalam usaha membangunkan vaksin keluaran tempatan.

Skip to content