Skip to main content
Berita

Wireless Bridging System Di Kampung Kuala Pajam, Beranang, Selangor

17 Jun 2022, Beranang – Akademi Sains Malaysia bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kini menjalankan projek pembuktian konsep (Proof-of Concept) bagi Wireless Bridging System di Kampung Kuala Pajam, Beranang, Selangor yang telah bermula pada Februari 2022. Matlamat projek ini adalah untuk memanfaatkan sambungan internet dan menunjukkan kebolehlaksanaan teknologi untuk dilaksanakan sebagai satu bentuk penyelesaian jangka pendek dan segera yang disasarkan kepada usahawan kecil serta pelajar luar bandar bagi tujuan PdPR.

Pelaksanaan projek pembuktian konsep ini telah mendapat sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan kerjasama TM One Sdn. Bhd. Pada hari ini, Profesor Madya Dr Muhammad Ramlee Kamarudin, selaku Ketua Projek POC Wireless Bridging System telah membentangkan kemajuan pelaksanaan projek ini kepada delegasi yang dihadiri Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Setiausaha Tetap KSTI Sabah, Tuan Haji Zainudin Aman, Presiden ASM, Profesor Emerita Datuk Dr Asma Ismail FASc serta pemegang taruh yang lain.

Skip to content