Skip to main content
Berita

LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK MALAYSIA INOVASI SOSIAL (MyIS) DI TERENGGANU

17 Oktober 2022, Terengganu – YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) bersama delegasi MOSTI telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi meninjau pelaksanaan projek Dana Malaysia Inovasi Sosial (MyIS).

Lawatan pertama bertempat di Kem Sri Kluang, Koperasi Permodalan Sahabat Terengganu Berhad (KOSAHABAT) bagi Projek Fertigasi Melon Manis Terengganu (MMT) yang diketuai oleh Dr. Fakhrul Anwar Bin Zainol, UniSZA. Projek ini telah berjaya membangunkan agropreneur muda yang terdiri daripada anak-anak asnaf dengan mendatangkan pulangan pendapatan sebanyak RM800 hingga RM1,200 sebulan. Projek yang memfokuskan kepada penghasilan MMT ini sedang dinaiktaraf dengan penerapan aplikasi teknologi Internet Kebendaan (IoT) yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.

Lawatan kedua melibatkan projek Inovasi Ternakan Kelulut Menggunakan Teknologi ‘SmartHive’ yang diketuai oleh Prof. Dr. Shamsul Bahri bin Abd Razak, pensyarah UMT bertempat di Taman Kelulut Rumah Tokki, Setiu. Projek yang telah bermula April 2022 telah melatih 100 peserta yang terdiri daripada komuniti nelayan Pengkalan Gelap, Setiu untuk menguruskan ternakan kelulut menggunakan teknologi ‘SmartHive’ dengan berkesan seterusnya meningkatkan pendapatan sampingan.

Adalah menjadi harapan MOSTI agar setiap projek MyIS yang dilaksanakan dapat meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan.

 

         

         

Skip to content