Skip to main content
BeritaCovid-19

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke Muar, Johor

By 2021-08-02Ogos 4th, 2021No Comments
2 Ogos 2021, Johor – YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Muar, Johor bagi melihat sendiri perjalanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Lawatan dimulakan dengan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Negeri Johor bersama CITF Persekutuan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Muar.
YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. KSU kemudiannya mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli lntan, Muar, PPV KKTM Ledang dan PPVIN Dewan Muafakat Bukit Gambir.