28 Ogos 2023, Sabah – Lawatan turun padang YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu bagi meninjau projek Ways Reduction Tool (WRT) – A Tool to Simplify the Steps Taken During Orthopedic Surgical Procedure to Correct Femur Bone Fractures di bawah pembiayaan dana Applied Innovation Fund (AIF) MOSTI.
Turut mengiringi KSU MOSTI adalah YBrs. Dr. Irene Chau, Timbalan Pengarah Klinikal II, Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan pegawai dari Bahagian Dana MOSTI.
Produk yang dihasilkan oleh Syarikat Darwisy Enterprise merupakan satu alat untuk membantu pembetulan tulang peha dalam pembedahan ortopedik. Pelaksanaan projek kini di fasa terakhir untuk mendapatkan kelulusan Medical Device Authority (MDA) dan telah berjaya menghasilkan prototaip yang berfungsi (working prototype).