Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke Syarikat Synxsoft Sdn Bhd

28 Ogos 2023, Sabah – Lawatan turun padang oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Syarikat Synxsoft Sdn Bhd bagi meninjau prestasi projek Corehalal di bawah pembiayaan geran CIP SPARK oleh Cradle Fund Sdn Bhd.
Turut mengiringi KSU MOSTI adalah Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan pegawai dari Cradle Fund iaitu En Eizzar bin Supiar dan En Muhammad Zariq Asshifa Bin Mohd Fauzi.
Corehalal merupakan sistem pengurusan perniagaan Halal yang bertujuan memudahkan proses pensijilan Halal serta menguruskan operasi harian perniagaan mereka melalui sistem digital.
CoreHalal terdiri daripada tiga (3) platform, iaitu:
i) Alat Penilaian Kesediaan Halal (Taqyim),
ii) Alat Pengauditan Halal (ARFA), dan
iii) Sistem Jaminan Halal (HAS)
Skip to content