Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Pejabat Zon Selatan, Jabatan Tenaga Atom

14 Januari 2024, Johor – Lawatan Kerja YBhg Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke Pejabat Zon Selatan, Jabatan Tenaga Atom yang terletak di Kulai, Johor.

Kehadiran YBhg. Dato’ KSU disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom YBrs. Puan Noraisyah binti Pungut, Pengarah Pejabat Zon Selatan, Encik Abd Aziz serta kakitangan Pejabat Zon Selatan.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk beramah mesra bersama kakitangan Pejabat Zon Selatan JTA, di samping membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh kakitangan dalam melaksanakan tugas dan menyampaikan perkhidmatan.
Lawatan kerja turut disertai oleh YBrs Encik Abdullah Daud, SUB Bahagian PSTI, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, SUB Bahagian Pembangunan serta wakil Bahagian Kewangan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Skip to content