Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Negeri Johor

14 Januari 2023, Johor – YBhg Dato’ Ts Dr Hj Aminuddin bin Hassim telah menggadakan sesi lawatan turun padang ke projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Negeri Johor. Projek di bawah Jabatan Kimia Malaysia tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor selaku Pegawai Penguasa.
Lawatan turun padang ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan dan kemajuan projek tersebut. Di samping itu, platform turun padang juga merupakan medium terbaik bagi membincangkan isu atau permasalahan berkaitan.
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Halimah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBrs Encik Abdullah Daud, SUB Bahagian PSTI, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, SUB Bahagian Pembangunan serta wakil daripada pihak JKR, ICU, JPM, Bahagian Kewangan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Taklimat ringkas oleh JKR Johor memaklumkan bahawa kemajuan fizikal projek sehingga 14 Januari 2024 adalah sebanyak 93%.
Skip to content