Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke Projek Pembangunan Kemudahan Pusat Simulasi Pasukan Tindakbalas Nuklear

29 Mei 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI terus giat mengadakan lawatan turun padang bagi memantau pelaksanaan projek pembangunan dan kali ini telah turun padang ke Projek Pembangunan Kemudahan Pusat Simulasi Pasukan Tindakbalas Nuklear. Projek di bawah Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Sepang selaku Pegawai Penguasa.

Taklimat ringkas oleh JKR Sepang memaklumkan bahawa kemajuan fizikal projek sehingga 15 Mei 2023 adalah sebanyak 73% berbanding 74% jadual dengan 1% atau 2 hari kelewatan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 3 Julai 2023.
Lawatan turun padang ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan dan kemajuan projek. Di samping itu, platform turun padang juga merupakan medium terbaik bagi membincangkan isu atau permasalahan berkaitan.
Lawatan turut dihadiri oleh Puan Noraishah Binti Pungut, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom, Encik Azarul Azlan Bin Mohd Radhi, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Sepang, wakil daripada Ibu Pejabat JKR Malaysia (Cawangan Kerja Bangunan Am 2) wakil daripada Kementerian Ekonomi dan ICU, Jabatan Perdana Menteri serta kehadiran wakil kontraktor.
350136906 1037823657203506 6348803504353023414 n    350473467 744326627696649 2663473755706236012 n350133676 123289367437222 9000305894274803533 n    350250872 237260508943760 4200398063594481202 n
Skip to content