Skip to main content
Berita

Majlis Dua (2) Tahun Kemajuan Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS)

30 Mei 2023, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI) melalui Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) hari ini meraikan Majlis Dua (2) Tahun Kemajuan Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). NTIS dilancarkan pada tahun 2020 dan telah berjaya menyokong para inovator tempatan untuk mengkomersialkan produk, teknologi dan inovasitempatan.

NTIS diterajui oleh MOSTI dengan MRANTI sebagaisekretariat utama disokong oleh MIMOS Berhad, Malaysia Technology DevelopmentCorporation (MTDC) dan Futurise Sdn. Bhd.
“NTIS ditubuhkan selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Nasional (DSTIN) 2021-2030, seiring dengan usaha MOSTI untuk mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing, meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyatMalaysia, meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/Pendapatan NegaraKasar (PNK), meningkatkan penyertaan, pelaburan dan kerjasama dalampenyelidikan oleh sektor swasta serta meningkatkan kadar pengkomersilan negara,”kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Chang Lih Kang.
YB Chang Lih Kang memaklumkanbahawa dalam jangkamasa dua tahun ini, sebanyak 24 inovasi berjayadikomersialkan melalui NTIS dan menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta.
Di samping bantuan dana, program NTIS juga telah memudahkan kawal selia untuk 43 kes dengan 18 agensi kerajaan. Program NTIS turut disokong oleh 50 rakankongsi dalam Rangkaian Pecutan Inovasi yang menawarkan teknologi, tapak ujiandan mekanisme pembiayaan. Kira-kira 50 peratus syarikat yang melalui program NTIS telah memajukan penyelesaian mereka dalam sektor agritech, medtech, biztech dan fintech.
Sebanyak 10 tapak sandbox telah dimajukan setakat ini dengan peruntukan bagipenyelesaian perubatan dan penjagaan kesihatan, pertanian dan perhutanan,bandar pintar dan pengangkutan, pembuatan pintar, alam sekitar dan biodiversiti danlain-lain.
Program NTIS menyediakan laluan pantas untuk pembangunan dan pengujian langsung (live testing) berasaskan penggerak teknologi termasuk sistem pintarcanggih (advance intelligence systems), bahan pintar (smart materials), analisistambahan dan teknologi penemuan (advanced analysis and discovery technologies)serta dron dan robotik (drone and robotics).
Tahun 2023 NTIS mensasarkan pembangunan 2 lagi tapak Sandbox, menyelaras 70syarikat permulaan dan membantu 20 produk atau penyelesaian untukdikomersialkan sejajar dengan sasaran yang ditetapkan di bawah RancanganMalaysia Ke-12, di mana NTIS dijangka mengkomersialkan 100 produk menjelang2025.
Peluang pekerjaan dijangka akan terus meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang atas kegigihan para inovator di Malaysia yang kini semakin rancak. Sebanyak 244 peluang pekerjaan kini telah pun dicipta di samping 24 penyelesaian telah dihasilkan untuk menangani cabaran masyarakat dan sektoral yang dihadapinegara.
Beberapa syarikat yang telah berjaya antaranya ialah MSD Innovation Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi pertanian yang menggunakan sistem Smart UrbanFarming di enam lokasi telah membangunkan Manual Latihan Pertanian BandarPintar (SUF) yang mengandungi modul Teknikal dan Keusahawanan untuk melibatkan peserta B40 yang berusia antara 20 hingga 60 tahun sebagai petanipintar.
Selain itu, Poladrone (kini Aonic), sebuah syarikat pemaju teknologi dron, telah menerima bantuan dari segi pembangunan garis panduan Operasi Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) dan Operasi UAS Pertanian Arahan Penerbangan Awam (CAD) untuk menghasilkan Sijil Kerja Udara (AWC) yang kini telah mewujudkan 30 peluang pekerjaan dalam pengendalian dron untuk sektor pertanian.
Manakala sebuah syarikat pembekal perkhidmatan dron, Meraque, berjaya membangunkan Teknologi Semburan Dron Hibrid pertama di Malaysia melaluiprogram NTIS. Meraque turut terlibat secara langsung dalam inisiatif PasukanTindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron) yang diselaraskan oleh MOSTI danMRANTI bagi memberi bantuan misi menyelamat ketika banjir pada Disember 2021di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Pada majlis yang sama, YB Menteri turut melancarkan Buku Dua Tahun NTIS serta menyaksikan perjanjian kerjasama antara NTIS, diwakili MRANTI, bersama TIME dotCom Berhad (TIME), serta MRANTI bersama Innovation & Technology ManagersAssociation (ITMA) & Asiatech.
TIME sebagai Rakan Kongsi Rangkaian Pecutan Inovasi bergabung tenaga bersama NTIS untuk memacu kerjasama dalam pelbagai kapasiti, berkhidmat sebagai rakan kongsi Teknologi, Rakan Kepakaran dan Rakan Fasiliti. Manakala kerjasama MRANTI bersama Asiatech dan ITMA melibatkan persetujuan semuapihak untuk melaksana dan mempromosi kerjasama akademik dan strategik untuk program pensijilan Rakan Pengkomersilan Teknologi (TCA).
Untuk maklumat lanjut mengenai NTIS, sila layari www.sandbox.gov.my
349849729 231132142977543 2746553592687806799 n    350137677 591006289510919 2673291528174725376 n350678908 3536797496555630 789881360217351167 n    349892729 1017038099275701 6044270948807093369 n
Skip to content