Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke SK Kepala Batas Dan SK Bertam Indah

12 Januari 2025, Pulau Pinang – Siri Lawatan Turun Padang KSU MOSTI telah diteruskan lagi ke ke dua buah sekolah iaitu SK Kepala Batas dan SK Bertam Indah, Pulau Pinang yang dipadankan bersama saintis-saintis di bawah seliaan Universiti Sains Malaysia (USM).
Program STI 100³ ini memanfaatkan kepakaran saintis USM, yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti pembudayaan Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) di sekolah. Para saintis ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu, membimbing dan mendorong minat pelajar terhadap STI melalui pembelajaran STI tidak formal berasaskan kepakaran masing-masing.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Encik Abdullah Bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI serta pegawai-pegawai MOSTI.
Seterusnya, KSU MOSTI meneruskan lawatan ke Persatuan Irobotik Pulau Pinang, yang terletak di Makmal Elektronik, Bengkel Teknologi Elektronik, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program serta memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan, sebagai asas memperkukuh pelaksanaan pada masa hadapan.
Skip to content