Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

12 Januari 2025, Kedah – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.

Satu taklimat mengenai projek-projek semasa dan yang sedang berjalan di PSNCWU serta progres semasa mengenai kemajuan kerja-kerja Menaiktaraf Ruang Atrium Sedia Ada, kerja-kerja Menaiktaraf Taman Pendidikan Sains Oryza PSNCWU serta projek Pembangunan Surau PSNCWU dan kerja-kerja berkaitan yang telah pun dimulakan sepenuhnya oleh JKR Daerah Kota Setar.
Turut mengiringi YBhg. Dato’ KSU MOSTI adalah YBrs. Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah PSN, YBrs. Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan, Puan Siti Hasnah binti Abu Hassan Shaari, Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).
Seterusnya KSU MOSTI turut membuat lawatan turun padang ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah) bagi melawat projek-projek pembangunan RMKe-12 yang dilaksanakan di KIMIA Kedah. Projek yang dilawati beliau adalah projek-projek di bawah butiran Projek Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan.
Turut mengiringi YBhg Dato KSU MOSTI adalah YBrs Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBrs Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Ruhairi bin Ramli, Setiausaha Bahagian Kewangan, Puan Siti Hasnah binti Abu Hassan Shaari, Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan projek yang telah siap bagi memastikan ‘outcome’ yang disasarkan memenuhi keperluan sasaran.
Skip to content