Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Stesen Penerimaan Data Satelit

6 Julai 2024, Pahang – YBhg. Dato Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan mengejut ke projek Baki Kerja Pembinaan Infrastruktur serta Kerja-kerja Berkaitan Untuk Menempatkan Satu Sistem Antena di Stesen Penerimaan Data Satelit di Agensi Angkasa Malaysia, Temerloh, Pahang .

Lawatan secara mengejut ini diadakan bertujuan untuk meninjau tahap kemajuan dan keadaan terkini pembangunan projek ini. Lawatan mengejut ini turut bertujuan bagi memastikan kerja-kerja dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Skip to content