Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja KSU MOSTI Ke Syarikat Inference Tech Sdn. Bhd.

20 Januari 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menggadakan lawatan turun padang ke syarikat Inference Tech Sdn Bhd (Inference) yang merupakan pakar kepada penyelesaian berasaskan Kecerdasan Buatan (AI). Syarikat ini merupakan syarikat start up yang menerima pembiayaan daripada agensi di bawah MOSTI iaitu Cradle Fund Sdn Bhd melalui program CIP Accelerate.
Platform Lawatan Turun Padang ini merupakan medium terbaik bagi memantau pelaksanaan projek serta membincangkan isu atau permasalahan berkaitan. Lawatan ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada Bahagian Dana dan Bahagian Pembangunan.
325468872 468503651970958 8186812798338384379 n       325353208 579204800773100 6672329694815476340 n
Skip to content