Skip to main content
Berita

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Penjenamaan Semula ‘Networking Lounge’ Dan Pertandingan Mencipta Akronim Lembaga Angkasa Malaysia

19 Januari 2023, Putrajaya – Satu Majlis ringkas Penyampaian Hadiah Pertandingan Penjenamaan Semula ‘Networking Lounge’ Dan Pertandingan Mencipta Akronim Lembaga Angkasa Malaysia telah diadakan pagi ini dengan disempurnakan oleh YBhg. Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Tahniah diucapkan kepada pemenang bagi Penjenamaan Semula ‘Networking Lounge’ iaitu Puan Noraini binti Che Husain, Ketua Penolong Setiausaha dari Bahagian Pembangunan MOSTI dengan cadangan nama yang terpilih iaitu ATRIUM PETERANA.
Nama ATRIUM mempunyai maksud tersendiri dalam bidang senibina dan sains. Membawa maksud ruang terbuka yang besar dan diliputi cahaya langit dan merupakan ciri umum kediaman Rom purba, ATRIUM di dalam senibina moden pula merujuk kepada binaan dalam struktur bangunan tinggi yang memiliki atap kaca atau jendela yang besar.
Dalam bidang Sains atau Perubatan, ATRIUM merujuk kepada dua ruang dalam jantung manusia yang menerima darah dari vena.
PETERANA pula membawa maksud tempat duduk orang yang dihormati.
Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Mencipta Akronim Lembaga Angkasa Malaysia. Ahli panel telah sebulat suara memilih “MSB” iaitu singkatan kepada Malaysia Space Board sebagai akronim kepada Lembaga Angkasa Malaysia kerana ia ringkas, unik, mudah untuk diingati dan belum pernah digunakan oleh mana-mana organisasi di Malaysia.
Senarai Pemenang:
1️⃣ Encik Aizwan bin Anuar dari Bahagian Pentadbiran, MOSTI
2️⃣ Encik Mohamad Zulkhaibri bin Mat Azmi dari Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA);
3️⃣ Encik Mohamad Ibrahim bin Hj Ahmad Ismail dari Bahagian Kualiti Alam Sekitar, Pusat Sekitaran, Jabatan Kimia Malaysia;
4️⃣ Puan Norshahida binti Samsuri dari Bahagian Keselamatan Kimia, Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam, Jabatan Kimia Malaysia.
DSC 1434
Skip to content