24 Jun 2024, Korea Selatan – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan lawatan kerja ke Korean Academy of Science & Technology (KAST), Korea Selatan. Turut hadir adalah YBrs. Puan Hazami binti Habib, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM), Puan Ida Semurni binti Abdullah Ali, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan pegawai-pegawai kanan MOSTI.
Lawatan di KAST telah disambut oleh Profesor Ook Joon Yoo, President KAST dan program diteruskan dengan pembentangan oleh pihak KAST berkenaan Association of Academies and Societies of Sciences in Asia (AASSA). Program diteruskan lagi dengan perbincangan bersama pihak KAST yang diketuai oleh Profesor Changhee Lee, Naib Presiden Eksekutif. Antara isi penting perbincangan adalah untuk mempertingkatkan kerjasama sains dan teknologi antara Malaysia dan Korea Selatan seperti pendekatan strategik dan bidang tumpuan serta projek kerjasama masa hadapan oleh ASM dan KAST.