Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja TKSU (P) Ke Projek Attia Baja Organik

16 Julai 2023, Kedah – Lawatan Kerja Ke Projek Attia Baja Organik di Kampung Tunku Putra, Kilang Lama, Kulim, Kedah.

Hadir bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains, Pn. Ruziah Shafei dan Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, En. Nik Kamaruzaman Nik Husin. Hadir mewakili pihak Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) adalah Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Sharmila Mohamed Salleh; Pengurus, En. Amerridzal Bidin dan Eksekutif, Pn. Siti Farihah Mohd Zain.
Tujuan lawatan kerja diadakan adalah untuk meninjau keadaan terkini Inovator Produk Inovasi Attia Baja Organik (penerima geran MaGRis), En. Ahmad Rais Mohammed Saeed.
Skip to content