Skip to main content
Berita

Mesyuarat Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) ke-16

14 Julai 2023, Singapura – Mesyuarat Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) ke-16 telah diadakan di Singapura pada 14 Julai 2023. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh YB Tuan Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia dan Tuan Desmond Lee, Menteri Pembangunan Nasional Singapura. Turut hadir adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Tuan Chee Hong Tat, Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, serta pegawai kanan kedua-dua negara turut hadir.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerajui Innovation Work Group (INWG) bersama pihak Singapura di bawah JMCIM. Sesi perbincangan dan libat urus kedua-dua negara telah diadakan untuk memuktamadkan inisiatif dan program yang akan diterajui bersama. Inisiatif dan program INWG berdasarkan perbincangan telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat JMCIM ke-16.
Malaysia dan Singapura akan berkolaborasi bagi pembangunan penyelesaian inovasi kepada kumpulan kerja lain dan fokus dalam bidang ekosistem pemula (startup), robotik, dron, ujian kenderaan autonomi (AV), kecerdasan buatan (AI) dan blockchain.
Skip to content