Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja TKSU (T) ke Pos Tenau, Ulu Slim, Perak

28 Disember 2023, Perak – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan satu lawatan ke Pos Tenau, Ulu Slim, Perak bagi tujuan pembangunan projek “Solid State Hydrogen Generator for Rural Applications” pada hari Khamis, 28 Disember 2023.
Delegasi diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan turut disertai pegawai daripada NanoMalaysia Berhad, Pusat Nanoteknologi Kebangsaan dan pegawai daripada pejabat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sebuah taklimat oleh NanoMalaysia sebagai peneraju projek pemerkasaan komuniti luar bandar: elektrifikasi lestari melalui reaktor hidrogen pepejal dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai rakan projek telah diadakan kepada wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), wakil Pejabat Daerah dan Tanah Muallim dan wakil penduduk Pos Tenau.
Projek ini bertujuan untuk demonstrasi dan validasi teknologi hidrogen pepejal sebagai bahan api alternatif yang lebih mesra alam berbanding penjanaan elektrik melalui diesel di kawasan luar bandar di mana tempoh percubaan akan dimulakan pada bulan Februari 2024.
Skip to content