Skip to main content
Berita

Majlis Perasmian dan Penyerahan Fasiliti Program Bioremediasi – Black Soldier Fly (BSF)

30 Disember 2023, Kedah – Institut Agro-Bioteknologi, Malaysia (ABI) yang merupakan salah satu institut penyelidikan di bawah pengurusan National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) pada hari ini telah mengadakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Fasiliti Program Bioremediasi – Black Soldier Fly (BSF) yang bertempat di Kampung Darat Benta, Mukim Kedawang, Langkawi.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Hadir sama YBhg. Prof Datuk Wira Dr. Raha binti Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif NIBM; YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA); YBrs. Encik Rozaidi bin Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi (Program) Yayasan Inovasi Malaysia (YIM); YBrs. Puan Azlina binti Abdul Ajis, Ketua Pegawai Kewangan NIBM; YBrs. Dr. Seetha Jaganathan King, Pengarah Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI); YBrs. Encik Mohd Aizat bin Rostam, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi; YBrs. Encik Mohd Khozaid bin Mansor, Pegawai Pertanian Daerah Langkawi dan YBrs. Encik Muhamad Ariff Ansari Bin Muhamad Nasim, Penghulu Mukim Kedawang Langkawi.
Program Bioremediasi – Black Soldier Fly (BSF) ini merupakan salah satu projek di bawah dana MyIS Komuniti yang dilaksanakan oleh NIBM menggunapakai teknologi bioremediasi yang dibangunkan oleh Saintis di Institut Agro-Bioteknologi Malaysia, ABI-NIBM.
Hasil daripada pelaksanaan projek ini, sebuah fasiliti penternakan BSF yang berkeluasan lebih kurang 100-meter per segi telah dibangunkan. Fasiliti tersebut dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan bagi penternakan BSF bagi menghasilkan makanan ternakan alternatif daripada larva BSF, serta penghasilan baja pertanian daripada frass BSF.
Pada hari yang sama, satu bengkel yang merangkumi sesi teori dan praktikal telah diadakan oleh pasukan projek kepada seramai lebih kurang 100 orang penerima manfaat projek ini di Mukim Kedawang.
Skip to content