Skip to main content
BeritaCovid-19

Lawatan Kerja YB Menteri MOSTI ke Kelantan

By 2021-09-11September 13th, 2021No Comments
11 September 2021, Kelantan – Lawatan kerja Menteri MOSTI ke Kelantan pada sebelah petangnya diteruskan dengan Kunjungan Hormat YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba ke atas YAB Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan.
Kemudiannya YB Dato’ Dr Adham Baba telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim.
YB Datuk Dr. Adham Baba mengakhiri lawatan kerjanya ke negeri Kelantan dengan mengunjungi 3 Pusat Pemberian Vaksin iaitu PPV Awam Dewan Sri Tunjung, PPV Klinik Kesihatan Mahligai Bachok dan PPV Outreach SK Sri Kemunting, Bachok.
Skip to content