Skip to main content
BeritaCovid-19

Lawatan Kerja YB Menteri MOSTI ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

By 2021-09-11September 13th, 2021No Comments
11 September 2021, Kelantan – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebentar tadi telah meluangkan masa melawat ke Univesiti Malaysia Kelantan (UMK) cawangan Kota Bharu.
Pada lawatan tersebut, YB Dato’ Dr Adham telah diberi penerangan serta melihat pameran produk-produk inovasi kerjasama di antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan SME Corp.
Antara produk-produk inovasi yang dipamerkan adalah merupakan hasil kejayaan daripada Program Malaysian Social Innovator Accelerator Program (Mysiap) yang diterajui YIM, agensi di bawah MOSTI. Turut dibentangkan adalah 4 projek Malaysia Science Technology Innovation and Economy (MySTIE) yang dilaksanakan oleh UMK iaitu Innovation and Entrepreneur Incubator Complex (IEIC), Gold and Rare Earth Technopreneursgip Centre (GREAT), Pusar Kecemerlangan Penyelidikan Tasik Banding dan Regional Social Innovation Entrepreneurship Hub (S.I.E).
Pada majlis yang sama YB Dato’ Dr Adham, YB Dato’ Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri MOSTI dan YBhg Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMK dengan Microsoft Malaysia Sdn Berhad
Beliau turut merasmikan Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG) dan IR4.0 Competence Centre sebuah pusat kompetensi milik UMK.