16.6.2021, Kuala Lumpur – YB Khairy Jamaluddin hari ini meninjau persiapan terakhir menjelang pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu bagi golongan OKU di Sime Darby Plantation Berhad, Ara Damansara yang akan mula beroperasi pada 16 Jun 2021.
PPV pandu lalu yang pertama bagi golongan OKU ini akan dikendalikan oleh Ara Damansara Medical Centre yang akan menyediakan tenaga kerja perubatan serta disokong oleh sukarelawan daripada OKU Sentral dan Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, CITF, RELA, Tentera dan Polis bagi melancarkan perjalanan operasi pemberian vaksinasi.
Buat permulaan, seramai 13,500 penerima OKU pelbagai kategori telah disenaraikan dibawah inisiatif ini.