Skip to main content
BeritaCovid-19

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC)

By 2021-06-15Julai 5th, 2021No Comments
14 Jun 2021, Kuala Lumpur – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) mula dibuka hari ini dengan lebih kurang 5,000 janji temu dijadualkan. PPV ini boleh menyuntik sehingga 10,000 orang sehari.
Pembukaan PPV mega ini selaras dengan matlamat Kerajaan bagi meningkatkan kadar suntikan vaksin, sekali gus menjamin matlamat kerajaan ke arah mencapai imuniti kelompok menjelang penghujung tahun ini.
PPV MIECC beroperasi bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 8.00 malam . Mereka yang diberikan janji temu dinasihatkan untuk sebaik-baiknya hadir tidak terlalu awal, sebaliknya tiba di MIECC 30 minit sebelum waktu janji temu bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan pematuhan SOP.
Skip to content