Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri MOSTI Ke National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Selangor, 7 Julai 2020 – YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang merupakan salah sebuah agensi di bawah MOSTI.

NIBM adalah satu konsortium yang terdiri daripada tiga (3) institut; Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPHARM). Antara peranan NIBM adalah untuk menetapkan keutamaan dan hala tuju aktiviti R & D, meningkatkan ekosistem R & D dan memacu Malaysia menjadi hab Bioteknologi global.

Delegasi MOSTI telah disambut oleh En Mohd Redzuan Bin Mohd Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif NIBM (KPE), Puan Azlina Binti Abdul Ajis, Ketua Pegawai Kewangan NIBM (CFO), Prof. Dr. Shahrul Hisham Bin Zainal Ariffin, Pengarah MGI dan Dr. Seetha Jaganathan King, Pengarah ABI. KPE NIBM telah memberikan penerangan mengenai fungsi, peranan, kepakaran, kemudahan dan khidmat yang disediakan, serta hala tuju NIBM dalam menerajui penyelidikan dan pembangunan bidang bioteknologi di Malaysia.

YB Tuan Haji Ahmad Amzad turut melawat produk sedia ada NIBM, pembentangan poster oleh saintis ABI serta lawatan ke Makmal Kultur Tisu, Makmal Bioreaktor dan Makmal Akuakultur 2 di Kompleks Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI).

8   6    5   3     1

Skip to content