Perak, 7 Julai 2020 – Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia di MRSM Felda Trolak Sungkai hari ini.
Dalam majlis yang sama, suatu perjanjian persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara FELDA dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) – sebuah agensi di bawah MOSTI.
Pertukaran dokumen antara YBhg. Dato’ Norhalim Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC dan YBhg. Dato’ Dr. Othman Hj Omar, Pengarah Besar FELDA yang disaksikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Ahmad Faisal Azumu, Menteri Besar Perak, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Dengan termeterainya memorandum ini MTDC bekerjasama dalam pembangunan usahawan dan Projek Berteknologi Tinggi dan Pemindahan Teknologi Pertanian Moden kepada Komuniti Peneroka FELDA serta meneroka kerjasama bagi pembangunan dan penggunaan teknologi seperti robot penyemburan racun, dron pemetaan dan sistem akuakultur pintar.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melihat teknologi robot FARMO – robot penyembur racun yang dibangunkan oleh syarikat ekosistem MTDC, Farmotic Sdn Bhd.
Farm Assist Robort For Multi Operation, FARMO merupakan sebuah robot untuk membantu petani melakukan operasi semburan racun kimia atau organik di kebun.