Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM Dan YBTM MOSTI Ke Cradle Fund

12 Januari 2023, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknolgi dan Inovasi hari ini meneruskan lawatan kerja ke Cradle Fund yang merupakan salah sebuah agensi pembiaya di bawah seliaan MOSTI.

 

Dalam sesi lawatan tersebut, satu sesi taklimat yang diketuai YBhg. Datuk Yvonne Chia, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CRADLE dan YBrs. Encik Norman Matthieu Vanhaecke, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CRADLE telah dijalankan bagi memberikan penerangan yang lebih terperinci berkenaan fungsi dan peranan Cradle.
MOSTI melalui Cradle Fund akan terus komited membina ekosistem start-up yang kondusif serta sebagai focal point yang menguruskan ekosistem pembangunan start-up daripada fasa permulaan sehingga pertumbuhan untuk meningkatkan daya saing start-up tempatan di peringkat antarabangsa selaras dengan Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia (SUPER) 2021-2030.
Turut sama dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
NAS00919       NAS00774
DSC 0362        DSC06757
Skip to content