Skip to main content
Berita

Program Top In Tech Innovation Awards 2022

12 Januari 2023, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi melancarkan program Top In Tech Innovation Awards 2022 yang dianjurkan oleh Malaysiakini dan Digital News Asia (DNA) di MRANTI Park, Bukit Jalil.

 

Pada tahun ini, program tersebut menampilkan lapan kategori dan 12 anugerah di mana para finalis melalui proses akhir penilaian berdasarkan beberapa kriteria iaitu keaslian inovasi, objektif, kolaborasi, impak dan sumbangan kepada ekonomi dan masyarakat.

Penganjuran Top In Tech Innovation Awards sememangnya sejajar dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021 – 2030 (DSTIN) dalam memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih berdaya saing melalui STI.

DSC 0531   DSC 0481

 

DSC 0499   DSC 0519

Skip to content