Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM Dan YBTM MOSTI Ke Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation)

10 Januari 2023, Putrajaya – Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), sebuah lagi agensi di bawah MOSTI hari ini menerima lawatan kerja daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang, bersama Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI serta delegasi MOSTI.
Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation, En Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak telah berkongsi peranan Bioeconomy Corporation selaku agensi utama pembangunan ekonomi bagi industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia, termasuklah menawarkan sokongan, kemudahan dan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan, pelaburan, R&D, pembangunan modal insan, infrastruktur kewangan, rangka kerja undang-undang dan pengawalseliaan, pembangunan strategik, dan sokongan kerajaan.
Beliau juga telah membentang perkembangan terkini bagi program-program yang dilaksanakan oleh Bioeconomy Corporation seperti Status BioNexus, Program Pemecutan Berasaskan Bio (BBA), Latihan Khusus Kebolehkerjaan dan Keusahawanan AgrotekBio & BioFarmaseutikal (BeST 2.0) dan Dana Usaha Niaga Berasaskan Tani (AGVF).
MOSTI sentiasa komited bekerjasama dengan pemain-pemain industri bioteknologi dan berasaskan bio di bawah perlaksanaan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0), bagi memacu Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi.
DSC 0199     DSC 0209
DSC 0242      DSC 0191
Skip to content