Skip to main content
Berita

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Telah Menerima Kunjungan Hormat Daripada H.E Brian McFeeters, Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia

10 Januari 2023, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Brian McFeeters, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia.

 

Mesyuarat tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, Pegawai-pegawai Kanan MOSTI dan pegawai-pegawai daripada NanoMalaysia Berhad, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Cradle Fund Sdn Bhd., National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia.
Malaysia dan Amerika Syarikat berpeluang mengadakan perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) terutama sekali dalam bidang teknologi angkasa, kenderaan elektrik, bioteknologi, teknologi hidrogen, teknologi pemula dan lain-lain bidang kerjasama.
DSC 0070    DSC 0155
Skip to content