Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI Ke Jabatan Tenaga Atom

30 Januari 2023, Selangor – Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) hari ini menerima kunjungan daripada YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ke Ibu Pejabat Atom Malaysia di Dengkil, Selangor.

 

Delegasi ini telah di sambut oleh YBhg. Datuk Wira, Ir. Md. Sidek bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, YBrs. Puan Hajah Noraisha Pungut, Ketua Pengarah Atom Malaysia dengan diiringi barisan Pengurusan Tertinggi Jabatan.
Atom Malaysia yang merupakan salah satu agensi di bawah MOSTI secara umumnya bertanggungjawab dalam mengawal dan mengawalselia keselamatan (Safety), sekuriti (Security) dan kawalgunaan (Safeguards) bagi aktiviti tenaga atom di Malaysia. Ini adalah untuk memastikan ia dikendalikan dengan selamat dan tidak memberikan impak negatif kepada pekerja, orang awam dan juga alam sekitar.
Para delegasi juga turut berkesempatan untuk meninjau kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Atom Malaysia seperti ke Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear (NSSC), Bilik Barang Sitaan (Bomb Pit) dan Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (NCNRM).
Turut sama dalam lawatan tersebut ialah wakil MOSTI iaitu Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI) MOSTI.
DSC 2472   DSC 2510
DSC 2569   DSC 2614
Skip to content