Skip to main content
Berita

Lawatan Kerja YBM MOSTI ke Singapura

Singapura – YB Menteri telah mengadakan satu lawatan kerja ke Singapura, mengukuhkan hubungan dan meneroka peluang inovasi dan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.
Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi kunjungan hormat kepada Menteri Perdagangan & Industri Singapura, H.E. Gan Kim Yong. Pertemuan ini membuka peluang penglibatan dua hala pada masa hadapan dan menekankan komitmen bersama kami untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan kemajuan teknologi.
Saya juga berpeluang mengadakan perbincangan dengan Mr Ng Boon Heong, CEO Temasek Foundation, dan pasukannya. Sesi ini sangat penting bagi saya untuk memahami cara kerja yayasan dan meneroka potensi sinergi dalam bidang kepentingan bersama yang boleh memanfaatkan matlamat pembangunan mampan negara kita.
Selain itu, beberapa pertemua penting telah diadakan bersama Lee Chuan Teck, CEO Enterprise Singapore, pihak Accenture Singapore dan juga A*Star. Saya berpeluang mendalami aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan termaju yang sedang dijalankan, di samping meneroka projek kerjasama yang berpotensi yang boleh melonjakkan pencapaian teknologi kedua-dua negara.
Perbincangan dan lawatan telah membuka peluang baharu untuk perkongsian, membolehkan kami merancang di peringkat MOSTI untuk menggunakan teknologi untuk menangani cabaran semasa dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Skip to content