Skip to main content
Berita

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat MOSTI

5 April 2024, Putrajaya – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, satu Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat MOSTI telah diadakan pada hari ini 25 Ramadan 1445H bertempat di Surau Ar-Raudhah As-Sakinah MOSTI.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan Solat Solat Sunat Tasbih kemudian disusuli dengan Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Nor Azlim bin Mat Sidik, Pegawai Hal Ehwal Islam. Turut berlangsung sesi ceramah Khas Ramadan bersama Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal.
Program anjuran bersama Surau Ar-Raudhah As-Sakinah dan Puspanita MOSTI diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datin Hajah Murni binti Muda, Pengerusi Puspanita Cawangan MOSTI.
Skip to content